FROM GTRIAN FOR GTRIANSSS.....
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


REPUBLIC GTR BIKERZ CLUB...
 
Portal*HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 GTR BIKERZ CLUB F.A.Q

Go down 
2 posters
AuthorMessage
k3yr0ll
TOK-TOK AYAH GBC
TOK-TOK AYAH GBC
k3yr0ll


Male
Number of posts : 413
Age : 105
Location : KL-KT
Job/hobbies : Leftenan Muda
Registration date : 2008-02-15

GTR BIKERZ CLUB F.A.Q Empty
PostSubject: GTR BIKERZ CLUB F.A.Q   GTR BIKERZ CLUB F.A.Q Empty30th June 2008, 1:54 pm

Asalamualaikum dan salam sejahtera.

Memandangkan skang ni ramai ahli2 baru yg mendaftar di forum GBC ini dan, banyak sangat PM yang saya dapat mengenai GBC ni, saya wujudkan ruangan FAQ ini. Ini adalah ruangan pertama yang newbie GBCians harus baca sebelum posting dalam thread GBC. harapnya mendalah ni dapat menjawab persoalan2 newbie mengenai GBC serta, mengurangkan masalah spam dan mesej2 berbau provokasi. Mulai skang ini juga, sebarang mesej berbau provokasi akan didelete serta merta, dan saya harap anda tak buang masa la nak post menda2 camtu. sekian terima kasih.

p/s: Mod/Admin selalu pantau forum. berfikir secara waras dan berforumlah dengan beretika.

GBC's President,
K3yr0ll 'Azroy' The 1st President of United States of GBC 2008

The GBC FAQ

Q: Apa mendanya "GBC" ni?
A: GBC, atau dalam bahasa panjangnya "GTR BIKERZ CLUB" ditubuhkan oleh sekumpulan GTR Riders untuk mengumpulkan pemilik2 GTR seluruh tanah air, Asia dan mungkin seluruh dunia..

Q: Siapa yang boleh join GBC?
A: Pada dasarnya, seperti yang dipersetujui pada mesyuarat pertama, pemilik2 Naza GTR 50, 150, 180 atau 200 dan 250cc (jika ada)sahaja yang boleh mendapat tittle GBCians Ini termasuk kepada pemilik GTR dari pengeluar/pengimport asal; CPI Ritz/Nitro.

Q: Sejarah GBC
A: Secara ringkasnya, menda ni start hasil usaha kami bertujuh (The Magnificent Se7en - K3yr0ll, Anip, Cuzs, Enalz, Am, Epul dan Abg Roll) yang berusaha untuk mengumpulkan pemilik GTR dari seluruh negara. Mula dengan beberapa rakan GTR riders; thread dan list nama dalam forum (autoshift.net), akhirnya mesyuarat rasmi pertama berjaya diadakan pada 27 Disember 2007 di Bangsar. Majlis sebulat suara melantik (k3yr0ll) sebagai presiden pertama, Abg Roll sebagai penasihat dan Anip sebagai timbalan presiden. Walaubagaimanapun, role mereka dalam GBC adalah bersifat volunteery sahaja, maksudnya buat kerja secara sukarela. Tiada paksaan dalam GBC. Sejak tu, kami tak memandang ke belakang. Banyak aktiviti yg diadakan bersama ahli.

Q: Macam mana nak join GBC?
A: Very simple. First, get yourself a GTR. Bila dah ade, register nama anda di GBC directory dan, start ler join aktiviti kami. Pendaftaran dengan borang rasmi akan disediakan dan diadakan sekali sebulan untuk newbie. Semua newcomers adalah sangat dialukan untuk menyertai aktiviti GBC. Jangan malu2 dan segan2..GTR BIKERZ CLUB F.A.Q Icon_cheers

Q: Macam mana nak tahu aktiviti˛ GBC?
A: Melalui forum ni, dalam ruangan GBC, section Event Rasmi/Event Tak Rasmi GBC. Segala aktiviti akan datang dan aktiviti lepas akan diupdate disitu. Anda juga akan diberitahu melalui sms (ke
pada yg mengisi no telefon di ruangan database)

Q: Apa dapat kalau join GBC?
A: Dapat kawan baru, dapat join aktiviti, dapat tau pasal perkembangan terbaru motor GTR, dapat update mengenai techical knowhow moto nih, dapat join ride, dapat kepuasan yang tak ternilai, dapat bertukar2 pandangan mengenai GTR, dan dapat bantuan (rescue ketika moto anda memerlukan).

Q : GBC ni bawah Naza Bikes ke?
A : Tidak, kami tidak ada kena mengena langsung dengan Naza, tetapi pihak Naza sentiasa menyokong aktiviti kami (so far lah).

Q : Kalau dah kahwin, dah berumur masih boleh masuk GBC?
A : Boleh, dah beranak ke cucu cicit pun boleh. Umur bukan penghalang. Walau bagaimana pun, anda dinasihatkan mendapatkan pengesahan doktor untuk menyertai sebarang ride sekiranya anda berusia 70 tahun ke atas GTR BIKERZ CLUB F.A.Q Icon_clown

Q : Jika saya takde internet, bagaimana hendak join GBC?
A : Itu lah gunanya register nama. Boleh email/sms pada rakan lain supaya anda sentiasa mendapat berita terkini.

Q : Dulu saya pakai GTR, tetapi sekarang saya sudah pakai Hayabusa/Ferarri yang jauh lebih laju, adakah saya masih ahli?
A : Terpulang kepada anda. tetapi kami masih menganggap anda sebagai ahli (mungkin sebagai Alumni). tak pakai GTR pun boleh join aktiviti.. supaya tak hilang setiakawan tu (juga anda mungkin boleh sponsor aktiviti kami; dah pakai hayabusa mesti la duit banyak..ye tak?)... kalau anda ada masalah masih boleh minta tolong pada GBCians..

Q : Saya menggunakan Ego tapi sudah diubahsuai menjadi GTR. Bolehkan saya join kelab ini?
A : Boleh, no hal.

Q : Saya tidak ada lesen tetapi dah terbeli motor GTR. Adakah saya layak jadi ahli?
A : Layak dengan syarat gantung lesen L bila pergi jalan2 atau berikan GTR anda untuk ditunggang oleh rider lain yang ada lesen. Anda sendiri sila naik bas ke destinasi..hehehe GTR BIKERZ CLUB F.A.Q Icon_clown

Q : Adakah wajib bagi GBCians layan corner di Awana-Bukit Tinggi?
A : Tidak, tetapi kami ada ahli yang suka 'bersukan' dimana anda boleh belajar selok-belok motor ini dari segi handling.

Q: Berapa ringgit nak join GBC?
A:

Yuran Bulanan RM10.00 (sebulan)
Yuran Pendaftaran RM 30.00 (seumur hidup)

Q: Apa faedah nye membayar ni?
A: Untuk pengetahuan, kutipan yuran bulanan ini diadakan adalah untuk kesenangan ahli kelab untuk mengikuti segala aktiviti yang diadakan.
Aktivit Tetap :-

- Club Ride
- Aktiviti club

Q: Dimana boleh dapatkan borang ahli?
A: BERJUMPA TERUS KE MR.P atau boleh berhubung beliau di talian maxis 012-2121060

Rasanya banyak lagi FAQ yang ditanya pasal GBC ni. Anda boleh bertanya di sini dan akan dijawab sendiri oleh saya. (jangan spam - tanye soalan yg belum dijawab sahaja)


Last edited by k3yr0ll on 27th October 2009, 11:27 am; edited 11 times in total (Reason for editing : updates!)
Back to top Go down
https://gtrbikerzclub.forumotion.com
qayyumaimannorazman




Male
Number of posts : 1
Age : 33
Location : sg.buloh
Job/hobbies : riding my gtr
Registration date : 2011-10-27

GTR BIKERZ CLUB F.A.Q Empty
PostSubject: Re: GTR BIKERZ CLUB F.A.Q   GTR BIKERZ CLUB F.A.Q Empty27th October 2011, 6:58 pm

nme ak qayyum aiman ..bleh pggl ak bob ..ak cri club fan utk gtr ..ak mmg brminat ..so bleh ak join ?txt ak or call ak at 0176779083 or bbm pin ak kt 2690f76d ..ak nk taw sgt psl gtr nw ..as salam ..
Back to top Go down
 
GTR BIKERZ CLUB F.A.Q
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» SEJARAH PENUBUHAN GTR BIKERZ CLUB....!
» CARTA ORGANISASI GTR BIKERZ CLUB...
» Club Ride: Janda Menjerit!
» Berbuka Puasa di Impian Golf & Country Club Kajang

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
FROM GTRIAN FOR GTRIANSSS..... :: PERHATIAN & PENGUMUMAN DARI GBC :: MENGENAI GTR BIKERZ CLUB....!-
Jump to: